Bagi mengelak kejadian bayi tersedak susu. Kami kongsikan info sebenar mengenai sukatan susu yang betul dan mudah untuk setiap usia bayi.
Bayi yang baru lahir pasti akan rasa jangka untuk menghisap susu badan atau botol. Oleh sebab itu, mereka tidak banyak minum susu pada awal kelahiran. Tetapi semakin meningkat usia bayi, mereka memerlukan susu yang banyak. Tetapi, ada sukatan yang betul untuk menyusukan si bayi. Adakah sukatan yang betul?
Sukatan susu yang mudah untuk bayi
Purata bayi perlukan 2-3OZ bagi setiap 0.5kg berat bayi pada setiap hari.
Usia : 0-3 Minggu, Berat : 0-3.5 Kg
1-2 oz susu setiap 2-3 jam
8-12 kali susuan dalam sehari
8-24 oz jumlah susu untuk sehari
Usia : 3 Minggu – 3 Bulan
3-4 oz susu setiap 3-4 jam
6-8 kali susuan dam sehari
4-32 oz jumlah susu untuk sehari
Usia : 3 Bulan – 6 Bulan
4-8 oz susu setiap 4-6 jam
4-6 kali susuan dalam sehari
24-32 oz jumlah susu untuk sehari
Waktu usia sekarang, bayi tidur lebih lena pada waktu malam. Bayi minum lebih banyak waktu pagi atau ketika hendak tidur.
Usia : 9 Bulan – 12 Bulan
7-8 oz susu setiap 4-6 jam
3-5 kali susuan dalam sehari
24 oz jumlah susu untuk sehari
Usia : 12 Bulan Ke Atas
4 oz susu setiap 6 jam
4 kali susuan dalam sehari
16 oz jumlah susu untuk sehari
Noted: Jangan bimbang sekiranya bayi kurang minum berbanding makan. Sediakan jenis makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti puree buah atau sup.
PS: Jika bayi bawah umur 6 bulan kurang minum susu atau susah. Segera pergi berjumpa doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Untuk info tambahan anda boleh rujuk disini